Wednesday 20 March 2013


Wednesday 6 February 2013

MENGENALI MURID DISLEKSIA


  1. Selalunya dikesan pada peringkat awal persekolahan kanak-kanak.
  2. Lambat membaca dan mempunyai tulisan tangan yang buruk.
  3. Ketika membaca, sering mengurang dan menambah pada sesuatu perkataan.
  4. Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'd' dan 'p' dianggap 'q'.
  5. Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
  6. Cenderung menjadi seorang yang impulsif atau sering mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan orang lain.
  7. Sering berlaku di kalangan lelaki.
  8. Kerap berlaku di kalangan pasangan kembar, kanak-kanak yang lahir tidak cukup bulan, anak-anak yang lahir daripada ibu yang sudah berumur, dan kanak-kanak yang pernah mengalami kecederaan pada kepala.
  9. Masalah disleksia boleh berlanjutan sehingga dewasa.

DISLEKSIA- Gangguan Dalam Pelajaran Yang Sering Dialami Oleh Kanak-Kanak Disleksia Dipetik dari: MINDA PENDIDIK




Disleksia adalah masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru yang mengajar di sekolah rendah. Kebanyakan masalah ini sering melanda dikalangan murid-murid di sekolah-sekolah pedalaman. Menuruk sumber dari WikipediaDisleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak. Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Punca-punca Disleksia 
PUNCA DISLEKSIA DIPERCAYAI AKIBAT DARIPADA CARA KERJA OTAK YANG BERBEZA DARIPADA KEADAAN YANG NORMAL. APABILA UJIAN IMBASAN DIJALANKAN KE ATAS PENGHIDAP DISLEKSIA, DIDAPATI CARA OTAK MEREKA MEMPROSES MAKLUMAT AGAK BERBEZA DARIPADA BIASA. PERBEZAAN INI MUNGKIN DISEBABKAN OLEH KECACATAN PADA OTAK YANG BERLAKU SEMASA DALAM KANDUNGAN ATAUPUN DARIPADA KEMALANGAN.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah satu punca disleksia. Kajian perubatan di barat mendapati kanak-kanak penghidap disleksia mempunyai latar belakang keluarga yang ada turut mempunyai penghidap sindrom berkenaan.
  
Rawatan 
DISLEKSIA HANYA DAPAT DIKESAN APABILA BEBERAPA UJIAN DILAKUKAN KE ATAS PESAKIT DI BAWAH PENGENDALIAN AHLI PSIKOLOGI ATAU GURU KHAS DISLEKSIA. PENYAKIT INI BOLEH DIRAWAT TETAPI TIDAK BOLEH DIUBATI. PENGHIDAP DISLEKSIA LAZIMNYA AKAN DIBERI RAWATAN SECARA TERAPI UNTUK MENINGKATKAN KEMAHIRAN LINGUISTIK, BERFIKIR, DAN SOSIAL.


HUBBY